Saya baru perasan fungsi Signal pada terminal Metatrader 4 setelah saya update platform tersebut. Jika anda belum update, ada baiknya anda update. Klik pada imej untuk besarkan gambar.
Ciri ini kemungkinan besar tidak terdapat pada akaun demo. Tapi jika di akaun real, saya sangat yakin ia memang ada tidak kiralah broker apa yang anda gunakan sekalipun. Saya guna Instaforex dan Hotforex, selepas update memang fungsi ini ada di kedua-dua broker. Ya lah, kerana ia perisian yang disediakan oleh MQL.
Anda boleh klik pada trader mana yang anda nak ikut, dan anda boleh langgan signal mereka!
Tapi anda kena subscribe. Klik pada subscribe pastu register dengan MQL.
Ok pandai-pandai la register sendiri. Saya tidak bercadang untuk tunjuk cara-cara register ataupun cara pembayaran dibuat.
Leave a Reply